Artikel

AS Pulangkan RM1.2 Bilion Dana 1MDB Kepada Malaysia

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini (15 April) telah memulangkan semula RM1.29 bilion (AS$300 juta) dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.

Kenyataan ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), jumlah tersebut adalah hasil kepada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh
Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

Sejak proses pemulihan aset 1MDB dilaksanakan pada Jun 2018, Malaysia telah menerima kembali dana 1MDB berjumlah RM2.6 bilion (AS$620 juta) dari AS.

Ianya terdiri daripada, RM200 juta (AS$57 juta) Red Granite telah dikreditkan pada Mac 2019, RM590 juta (AS$137 juta) jualan kepentingan Jho Low di Park Lane Hotel telah dkreditkan pada April 2019, RM545 juta (AS$126 juta) kapal layar, Equanimity telah dkreditkan pada Disember 2019 dan yang terkini, RM1.2 bilion (AS$300 juta) dikreditkan pada April 2020.

Usaha berterusan sedang dijalankan untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia, Kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang.