Artikel

Ingat Lagi Carta MIER? Mereka Ramal 9,000 Kes Menjelang 14 April. PKP Sebab Kes Sebenar Bawah 5,000

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini (14 April), menyatakan ia adalah hari akhir pemerhatian bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk fasa kedua.

Mengikut laporan pemerhatian MIER, jelas menunjukkan PKP fasa 1 dan fasa 2 telah berjaya mengurangkan jangkaan unjuran bilangan positif kes bagi COVID-19 di Malaysia.

Jumlah kes positif yang dilaporkan sebenarnya lebih rendah iaitu dibawah 5,000 kes berbanding jangkaan unjuran asal iaitu 9,000 kes yang akan dicatatkan.

MIER berkata PKP adalah sebab utama mengapa kes positif dibawah paras lima ribu pada 14 April.

Selain itu, MIER juga berkata walaupun jumlah kes kumulatif positif di bawah paras ini, jumlah kes aktif kekal tinggi (sekitar 2,400 kes) sejak 30 Mac, dan ini disebabkan kes positif harian masih tinggi (sekitar 150 kes sehari secara purata sejak 30 Mac).

Kenyataan tersebut telah dikongsikan MIER pada laman Twitter mereka.