Topeng muka N95, kedap udara dan boleh menapis 95 peratus kandungan udara sedang mengalami kesukaran sukar untuk didapati oleh anggota kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata disebabkan kesukaran mendapatkan stok ini adalah disebabkan Amerika Syarikat tidak lagi mengeksport N95 ke pasaran dunia.
“Disebabkan AS berbuat demikian, kerajaan Malaysia sedang mendapatkan stok KN95 dari China. Setakat ini, sebanyak 100 ribu stok KN95 telah disumbangkan ke Malaysia, dan kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan stok tambahan,” kata Dr Noor Hisham
KN95 adalah sebuah produk topeng muka yang sama dengan N95 menurut Agensi Dadah Persekutuan (FDA) A.S, badan yang mengesahkan produk-produk kesihatan di negara itu.
Pada 24 Mac 2020, FDA telah mengeluarkan arahan kecemasan (Emergency Use Authorization, atau EUA) untuk mengimport barangan topeng muka. Namun demikian, FDA tidak menyenaraikan KN95 sebagai EUA kerana terdapat kerisauan produk ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan mereka.