Artikel

Penglibatan ASEAN Mampu Tangani Isu Ekonomi Sewaktu COVID-19 – PM Muhyiddin

YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menyertai Sidang Kemuncak ASEAN menerusi persidangan video yang dipegerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.

Persidangan ini diwujudkan bagi membincangkan keperluan utama negara ASEAN laksanakan sewaktu krisis COVID-19 ini. Ia merangkumi ekonomi, kesan kesihatan awam dan sosial. Pelbagai maklum balas idea negara luar turut dibentangkan.

PM Muhyiddin pada sidang tersebut telah menggesa negara anggota ASEAN untuk mengukuhkan kedudukan negara masing-masing dalam menghadapi landskap baru ini.

Malah, PM turut mencadangkan ASEAN untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Psca COVID-19, di samping ASEAN muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru.

Menerusi kerjasama yang baik, visi persidangan ini dapat dilaksanakan dan seluruh negara ASEAN dapat memerangi krisis COVID-19 ini.