Artikel

1.17 Juta Permohonan i-Lestari KWSP Telah Diluluskan

Bermula 1 April lalu, ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mereka.

Di bawah program ini, dianggarkan berjumlah RM40 bilion, rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada akaun tersebut.

Setakat ini, 1.17 juta permohonan telah diluluskan dan ia melibatkan pengeluaran sebanyak RM572 juta untuk bulan Mei 2020.

KWSP menjangkakan angka permohonan ini akan terus meningkat pada bulan seterusnya.