Kerajaan sebelum ini telah mengisytiharkan peruntukan sebanyak RM270 juta bagi saluran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat.
Setelah melakukan semakan bersama data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), untuk kriteria bantuan pelajar IPT – Kementerian Kewangan telah menambah RM30 juta, sekaligus menaikkan jumlah keseluruhan kepada RM300 juta.
Ini membolehkan selain pelajar IPT, pelajar Tingkatan 6 dan SKM4 ke atas dapat menerima bantuan.