Seperti yang diketahui pada 27 Mac lalu, Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dengan pelbagai insentif bantuan.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, setakat ini proses pelaksanaan pakej tersebut berada pada fasa yang baik.
Di mana, 6 langkah daripada 10 langkah utama Pakej PRIHATIN telah mula dilakukan. Sebanyak 69% atau RM180 bilion telah disalurkan pada 6 langkah tersebut, iaitu:
- Moratorium bayaran pinjaman institusi perbankan (berjumlah RM100 bilion).
- Kemudahan i-Lestari iaitu pengeluaran Akaun 2 KWSP (berjumlah RM40
bilion). - Subsidi upah yang dilaksanakan oleh PERKESO (RM13.8 bilion).
- Pengurangan kadar minimum caruman pekerja KWSP (RM10 bilion).
- Bantuan PRIHATIN Nasional (RM10 bilion) dan
- Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Fund) yang disediakan Bank Negara Malaysia (RM5 bilion).
Manakala empat lagi perancangan yang bernilai RM66 bilion (25%) akan dilaksanakan pada 1 Mei 2020 ini. Ianya terdiri daripada:
- Kemudahan skim jaminan pinjaman oleh Danajamin (RM50 bilion).
- Program Khidmat Rundingan Majikan oleh KWSP bagi membantu memberi penjimatan aliran tunai majikan (RM10 bilion).
- Projek Kerajaan berskala kecil untuk memanfaatkan kontraktor kecil (RM4 bilion) dan
- Geran PRIHATIN Khas untuk PKS mikro (RM2.1 bilion).