Artikel

Malaysia Belum Ada Lagi ‘Jangkitan Kali Kedua’ – KP Kesihatan

Kemungkinan untuk mendapat jangkitan COVID-19 kali kedua adalah lemah.

Itulah kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

“Kadang-kala, ada isu ‘virus shedding‘, iaitu satu situasi di mana virus itu adalah lemah, maka ia tetap akan beri keputusan ‘positif’ jika disarang.

“Isunya adalah, apabila seseorang itu pulih dari COVID-19, pesakit itu telah ada antibodi. Tetapi kami tidak tahu betapa kuatnya antibodi ini, dan ia akan berbeza dari satu pesakit dengan pesakit lain.

“Tetapi penting untuk dikatakan bahawa kemungkinan untuk dijangkiti COVID-19 semula, setelah pulih pada kali pertama tetap ada, namun kemungkinan ini adalah sangat kecil.

“Di Malaysia, belum lagi ada kes ‘reinfection’ atau dijangkiti semula untuk kali kedua,” kata KP Hisham.