Artikel

Tiga Isu Lazim Bila Orang Menelefon KKM – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkata 88% dari jumlah kes positif, masih di peringkat awal.

“Kami cuba elakkan mereka datang pada peringkat yang lewat, maka mereka akan dirawat di ICU dan sebagainya,” kata Dr. Noor Hisham.

“Tetapi meliihat kepada kaunseling, sebanyak 2,309 panggilan telefon dan beberapa ribu mesej WhatsApp telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiga faktor biasanya diterima. Pertama tentang isu keperluan, kedua keperluan bantuan, ketiga isu mendapatkan maklumat tambahan,” tambah beliau.