Artikel

Isu Vaksin Perlukan Kerjasama Bersepadu – DG Noor Hisham

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), SETI, dan sebagainya adalah antara organisasi yang diperlukan secara bersama untuk mendapat vaksin yang mujarab bagi melawan COVID-19.

Itu antara penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Isu semasa adalah untuk mendapatkan vaksin dalam tempoh setahun ini.

“Tetapi dalam usaha untuk mendapat vaksin ini, kerjasama dengan semua pihak, bukan sahaja dalam negara, malah luar negara juga,” kata Dr Noor Hisham.

“Kerjasama bersepadu antara negara adalah diperlukan untuk mendapat vaksin mujarab dapat ditemui,” tambah beliau lagi.

“Buat masa ini, masih tidak ada vaksin, maka kekal duduk di rumah, kerap basuh tangan, dan terus dengar nasihat pihak berkuasa,” akhiri beliau.