Artikel

COVID-19 Tidak Sama Dengan HIV – DG Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan mengambil kesempatan untuk menerangkan bahawa COVID-19 tidak sama dengan HIV dan AIDS.

“COVID-19 adalah disebabkan oleh koronavirus. Ada tujuh jenis koronavirus yang kami ketahui, termasuk MERS, SARS, dan yang terbaharu ini, novel koronavirus COVID,” kata Datuk Dr Noor Hisham.

COVID-19 ada dua peringkat iaitu peringkat infektiviti dan peringkat reaksi.

Rawatan awal adalah untuk memastikan pesakit kekal di peringkat infektiviti.

Jika berada pada peringkat reaksi, pesakit boleh mendapat inflamasi, radang, dan ada kadang kala membawa maut.

COVID-19 sangat berbeza dengan HIV.