Artikel

PNB Beri Sumbangan RM23 Juta, Tangani COVID-19

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan usahanya dalam membantu pihak yang terkesan dengan memperuntukkan sumbangan berjumlah lebih RM23 juta.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz – PNB berbesar hati dapat memberi sokongan dalam bentuk peralatan perubatan penting dan bantuan kewangan.

Untuk terus membantu usaha pemulihan dan mengurangkan penularan Covid-19 ini, PNB juga telah menyumbang kepada Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) (GDRN).

PNB juga akan memberikan pengecualian pembayaran sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan penyewa di hartanah milik PNB.

Seterusnya, menerusi sumbangan yang sama PNB turut menyalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, antaranya adalah seperti mesin ventilator dan membiayai kos peralatan utama pada ujian serta bahagian kesihatan.