Artikel

PM Kata Tidak Kepada: Gunting Rambut, Bazar Ramadan, Dan Pelajar IPT Pulang

Berikutan sidang perutusan Khas YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat (10 April) lalu, telah mengumumkan beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Namun, terdapat beberapa maklum balas berkenaan sektor perniagaan yang dibenarkan antaranya adalah seperti kedai gunting rambut.

Oleh itu, hari ini (13 April) PM Muhyiddin telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang operasi daripada kedai gunting rambut, kedai cermin mata dilakukan sepanjang tempoh PKP.  Ini mengambil berat akan maklum balas setiap rakyat negara.

Selain itu, PM turut memutuskan tiada sebarang operasi bazar ramadhan dibenarkan sewaktu PKP ini.

Malah, para pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga diarahkan untuk terus kekal berada di universiti masing-masing.

Tindakan tegas ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 pada negara. Buat masa ini, fasa pertama dan kedua PKP dilihat menunjukkan hasil yang positif.

Maka, menerusi fasa ketiga PKP ini, PM Muhyiddin mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada pelbagai pihak untuk memerangi COVID-19.