Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini (13 April) memaklumkan bahawa penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta telah diluluskan bantuan tersebut tetapi masih belum menerima BPN, disarankan untuk mengemaskini maklumat akaun bank.
Pengemaskinian maklumat akaun bank ini hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.
Proses mengemaskini tersebut boleh dilakukan pada aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci.
Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDNM pula, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim LHDN.
Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui, HASiL Live Chat; atau menggunakan borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas Maklum Balas LHDN dan akaun Media Sosial Rasmi LHDN.