Artikel

KWSP Benarkan Lanjutan Tarikh Bayaran Caruman Wajib Bulan April 2020

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesan terhadap perniagaan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 15 April kepada 24 April 2020.

Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP, iaitu e- Caruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik.