Artikel

17.5% COVID-19 Positif Di 4 Madrasah, KP Kesihatan Peringatkan Masyarakat Jangan Stigma

Dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa terdapat empat subkluster COVID-19 di madrasah dan tahfiz.

Jumlah mereka yang disaring adalah 1,111 orang. Sebanyak 195 orang positif. Ini membentuk 17.5% dari jumlah yang disarang (195 / 1111).

Dari jumlah nasional, 195 kes positif Koronavirus adalah 4% jumlah positif nasional.


1. Madrasah di Jerantut, Pahang

  • Disaring 401 (297 pelajar dan 104 kakitangan)
  • positif 62 (HTAA)
  • Sembuh 20 kes

2. Madrasah di Penanti, P.Pinang

  • 291 disaring (256 pelajar/35 kakitangan)
  • 6 positif (dua masih dirawat HSB)
  • Sembuh 4 kes

3. Madrasah Sg Lui, Selangor

  • Disaring 282 (274 pelajar/ 8 kakitangan)
  • 90 positif (HsgBuloh dan Pusat Kusta Negara)
  • Sembuh 67

4. Madrasah di Jasin, Melaka

  • 137 disaring (122 pelajar/15 kakitangan)
  • 37 positif (Hospital Melaka)
  • Sembuh 1 kes

Dr Noor Hisham memperingati rakyat agar tidak stigma mereka, dan teruskan usaha untuk bantu KKM mengesan dan merawat mereka yang sakit.