Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memadamkan ciapan awal berkenaan dengan isu gunting rambut. Netizen telah menyuarakan pendapat mereka seperti di bawah.
https://twitter.com/Amshar_Aziz/status/1248913747227230208?s=20
Satu ciapan baharu telah dibuat menggantikan yang lama. Dengan penjelasan yang lebih rapi berkenaan dengan isu gunting rambut di dalam fasa ketiga, yang akan berlansung dari 15 April hingga 28 April 2020.
KKM syorkan agar pelaksanaan PKP fasa 1 dan PKP fasa 2 dikekalkan untuk PKP fasa ketiga kerana telah tunjukkan tanda awal berjaya menurunkan kes.
Selepas PKP fasa tiga tamat, KKM nasihatkan penjarakan sosial dan elak perhimpunan awam untuk putuskan rantaian. pic.twitter.com/aPFPzzGtAX
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 11, 2020
Isu ini timbul apabila terdapat satu perbicaraan di forum awam tentang bagaimana negara ini harus mengemudi isu gunting rambut.
Frasa #KlusterGuntingRambut telah timbul kerana tempat menggunting rambut mungkin akan menyebabkan rantaian jangkitan COVID-19 boleh menular, kerana tiga sebab:
- Kedai gunting rambut biasanya kecil, dengan kitaran udara yang kurang berbanding tempat lain
- Seseorang individu berada lebih 15 minit dalam sesuatu tempat. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan seseorang untuk tidak berada di tempat awam dan di sesuatu lokasi melebihi 15 minit
- Penjarakkan sosial tidak mampu dibuat diantara pelanggan gunting rambut dengan si penggunting