Artikel

Setelah 24 Hari PKP, Tiga Carta Ini Membuktikan Kita Berada Di Landasan Yang Betul

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac, Malaysia telah bertindak untuk menambahkan lagi PKP kepada fasa ketiga, dan melanjutkan tempoh PKP kepada 28 April 2020.

Setelah 24 hari berkurung di rumah, adakah PKP ini berhasil dalam mengurangkan kadar jangkitan COVID-19, dengan memutuskan rantaian jangkitan di antara pesakit?

Tiga carta di bawah ini membuktikan bahawa PKP berhasil, dan lanjutan PKP kepada lebih 40 hari akan bermakna jangkitan ini akan terus dikurangkan lagi dari paras yang ada sekarang.


Buat kali ketiga berturut-turut, kes kemasukan hospital disebabkan positif COVID-19 lebih rendah dari kes discaj harian.

Ini bermakna, pesakit yang sedang dirawat di hospital kerana wabak ini lebih sedikit berbanding hari-hari sebelum ini.

Ini juga bermakna, kes aktif di hospital semakin berkurangan (akan diterangkan di rajah yang bawah), dan membolehkan hospital ‘bernafas’ kerana kes aktif semakin sedikit dengan pertambahan kes baharu yang juga semakin sedikit.


Seperti disebutkan sebelum ini, carta ini menunjukkan berapa ramai orang yang sedang dirawat di hospital sekarang ini akibat COVID-19.

Ia menunjukkan tiada pertambahan jumlah pesakit bersih (iaitu kes masuk lebih rendah dari kes discaj) sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Angka kes aktif kekal pada paras 2,400 setelah memuncak pada paras 2,600 kes beberapa hari yang lalu.

Ayuh bawa angka ini ke sifar sekarang!!

Membuktikan pemutusan rantaian jangkitan sedang berlaku.


Dan carta dibawah pula membincangkan tentang isu pertumbuhan kes harian, hari-demi-hari.

Sejak ini bermula, kes positif baharu koronavirus sentiasa ada.

Carta ini membezakan jumlah orang yang positif pada hari ini, dengan yang positif pada hari yang sebelum ini.

Carta ini menunjukkan bahawa kadar orang positif semakin berkurangan, hari demi hari.

Maksudnya, pesakit covid positif semakin berkurangan sekarang, berbanding dengan sebelum ini.

Ia juga bermaksud kadar jangkitan sedang diperlahankan. Dan ia juga bermakna jumlah pesakit positif secara amnya juga semakin berkurangan (kerana kes baharu sudah juga berkurangan).


PKP berhasil. Terus tenang dan terus kekal di rumah semua! #kitajagakita