Artikel

Harga Minyak Turun Lagi, Kini RON95 RM1.25 Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan secara mingguan, telah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Berikut adalah penetapan harga runcit petroleum mingguan pada 11 April 2020 sehingga 17 April 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 telah turun sebanyak 5 sen seliter iaitu RM1.25 seliter. Manakala harga RON97 pula turun sebanyak 5 sen seliter dengan RM1.55 seliter dan Diesel turun 12 sen seliter dengan RM1.46 sen.

Susulan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini telah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia.

Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi di serata dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak ini bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya untuk PKS dan golongan B40.