Artikel

Analisis Mengapa PKP Dilanjutkan Kepada 28 April

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan kepada 28 April 2020.

Berikut adalah beberapa penelitian mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi, dari tarikh asal tamat iaitu 14 April.

Angka jangkitan hari-ke-hari tidak turun dengan pantas.

Seperti gambarajah di atas menunjukkan, jangkitan COVID-19 positif hari-ke-hari, iaitu kadar jangkitan pertambahan setiap hari, masih kekal di angka 3% hingga 7%.

Ini bermaksud, jika membuat unjuran pertumbuhan sebanyak 5%, untuk selama 30 hari mendatang, ini bermakna kes boleh bertambah dari 4,000 kes contohnya (iaitu sekitar paras Malaysia setakat 10 April), menjadi lebih 16 ribu kes.

Selain itu, kes positif yang aktif di hospital sekarang ini berada sekitar, iaitu jumlah pesakit yang positif COVID-19, dan sedang dirawat di hospital nampak dihadkan ke paras 2,600 kes.

Jika ini berterusan, maka kes discaj harian akan melebihi kes kemasukan harian dan akan meningkat dari pasar 38% discaj ke angka yang lebih tinggi. 38% discaj bermakna, dari 100 orang yang positif, 38 dari 100 orang ini telah pulih dan kembali ke rumah dan pulang dari wad hospital.

Jika PKP ini tidak dilanjutkan, maka ini akan memungkinkan angka 2,600 kes aktif ini akan terus bertambah dan akan menyulitkan anggota kesihatan dari terus merawat mereka yang sakit COVID-19.

Akhir sekali, pertumbuhan ekonomi telah terencat, dengan KDNK Malaysia dijangka akan bertumbuh negatif 2.0% hingga positif 0.5% untuk tahun ini. Sebagai perbandingan, pertumbuhan KDNK pada tahun 2019 adalah 4.3%. Tetapi dengan beberapa pakej ransangan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan, kesan terhadap ekonomi telah pun terjejas dan penangguhan PKP selama lebih 45 hari ini akan menjadikan ekonomi terus tertangguh dari segi pertumbuhan.