Artikel

Tempoh Lanjutan PKP Hanya Akan Diketahui Pada Hari Esok, 10 April

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan esok (10 April) sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan melebihi 14 April ataupun tidak.

Pada sidang media kesihatan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau dan pegawai kementerian akan bertemu dengan PM Muhyiddin pada esok pagi bagi mengemukakan cadangan mereka terhadap fasa PKP ini.

Buat masa ini, DG Noor Hisham tiada sebarang jawapan berkenaan tempoh lanjutan PKP, ianya hanya akan diketahui selepas perbincangan pada esok hari sahaja.