Artikel

Industri Fesyen Disambut Baik KKM Kerana Sediakan Pakaian PPE

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau menyambut baik industri fesyen kerana menyediakan pakaian keselamatan persendirian (PPE).

Pakaian PPE digunakan anggota kesihatan barisan hadapan dalam merawat, meneliti, dan mengasingkan pesakit-pesakit COVID-19.

Kekurangan pakaian PPE telah memaksa anggota kesihatan barisan hadapan menggunakan apa jua cara untuk melindungi diri masing-masing dari jangkitan kuman.

Ini termasuk memakai beg plastik dan selotep untuk memastikan beg plastik terus rapi dipakai.

Disebabkan kekurangan PPE, pelbagai pereka fesyen, tukang jahit, mahupun orang ramai, telah bersatu untuk meringankan tulang dalam menjahit pakaian-pakaian PPE agar ia boleh didermakan oleh mereka kepada anggota kesihatan barisan hadapan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), tempahan PPE baharu telah dibuat dan akan dihantar dan dibekalkan ke kesemua fasiliti kesihatan di negara ini dalam kadar segera.