Bermula bulan April hingga Jun 2020 ini, Lazada Malaysia akan melancarkan pakej rangsangan dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ini adalah sebahagian daripada komitmen korporat mereka kepada masyarakat.
Menerusi peruntukkan berjumlah RM10 juta pada Pakej Kedai Pintar ini, ia mampu menyokong kemampanan perniagaan, kestabilan sumber pendapatan pekerja dan secara langsung mengukuhkan ekonomi negara semasa berlakunya wabak COVID-19.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 PKS tempatan, terutamanya mereka yang berada dalam kategori makanan segar dan barangan runcit, penjual e-dagang baharu dan sedia ada, serta kedai-kedai peruncit.
Melalui inisiatif ini, para peniaga boleh mendaftar di www.lazada.com.my/sell-on-lazada dan memperolehi tanggungan 100% kos modal mereka.
Kos modal ini merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Lazada Malaysia, termasuk penghantaran bungkusan kepada pelanggan, perkhidmatan penciptaan kandungan, penyenaraian produk dan pengiklanan.
Adanya pakej rangsangan ini, ia turut menjayakan misi rangsangan ekonomi kerajaan Malaysia dan menepati saranan menyokong usahawan e-dagang serta PKS.