Artikel

Syarikat Pengurusan Unit Amanah, Pengurus Dana Perlu Utamakan Kepentingan Pelabur -SC

Memandangkan pertumbuhan ekonomi pada ketika ini dilihat tidak menentu susulan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengingatkan syarikat pengurusan dana dan pengurusan unit amanah menunaikan kewajipan mereka.

Iaitu dengan bertindak demi kepentingan pelabur sepanjang masa dan memastikan layanan adil kepada pelanggan mereka.

Peringatan ini turut menegaskan bahawa tadbir urus yang baik, tatalaku yang betul dan pematuhan berterusan terhadap peraturan pasaran modal adalah penting bagi pengantara pasaran modal untuk terus kekal berfungsi.

Ini merangkumi para profesional pengurusan pelaburan yang dilesenkan oleh SC, yang bertanggungjawab ke atas pengurusan wang pelabur.

Menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC, pihaknya harus memastikan pasaran beroperasi secara adil dan teratur, dan perlindungan pelabur dapat disokong sepenuhnya.

Selain itu, SC turut menekankan bahawa peserta pasaran hendaklah mengurus dengan sewajarnya mudah cair dana, khususnya dalam mengurangkan ketidakpadanan berpotensi antara kecairan aset pendasar dana dan syarat-syarat penebusan.

Komunikasi yang baik antara pengawal selia dan pelabur perlu dilaksanakan. Ini adalah penting dalam persekitaran semasa pasaran.