GoCar Malaysia dan Shell Malaysia kini berganding bahu untuk membantu anggota kesihatan barisan hadapan dalam memerangi penularan wabak COVID-19.
GoCar menawarkan sehingga 200 buah kenderaan Nissan Almera, yang terletak di 127 buah stesen Shell di sekitar Semenanjung Malaysia secara percuma, untuk kegunaan anggota kesihatan barisan hadapan.
Selain itu, Shell Malaysia akan memberikan RM30 baucar minyak secara percuma untuk kumpulan yang sama. Baucar ini boleh digunakan sekali sahaja.
Menurut kedua-dua syarikat ini, inisiatif tersebut adalah untuk kesemua anggota kesihatan barisan hadapan, termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi, jurumakmal, pegawai pengurusan dan admin, dan sebagainya bagi membolehkan mereka bergerak dengan lebih mudah.
Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut; buka aplikasi GoCar, daftar, dan terima GoCar kod promosi bernilai RM483 untuk digunakan dalam proses menempah Nissan Almera, diikuti dengan e-baucar RM30 Shell.