Melihat kepada situasi semasa, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 4,119 kes positif COVID-19, sejak Februari lalu.
Susulan itu, Akademi Perubatan Malaysia semalam (8 April) telah mengeluarkan satu kenyataan, di mana pihaknya bersetuju sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan sehingga suatu masa yang lebih lama.
Kenyataan ini dipersetujui dengan mengambil kira pelbagai faktor kesihatan awam. APM mengesa supaya setiap aktiviti perjalanan perlu dihentikan.
Ini berikutan, musim Hari Raya Aidil Fitri dan perayaan seperti Hari Gawai, Festival Harvest yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Masyarakat negara perlu mengekalkan penjarakan sosial ini pada suatu tempoh yang lebih lama.
APM turut menggesa Kerajaan untuk mengukuhkan lagi perancangan mereka dalam meringankan bebanan sosio-ekonomi masyarakat disebabkan pandemik ini. Umum mengetahui pertumbuhan ekonomi negara kini sedang terjejas, namun pelbagai inisiatif perlu dilakukan.
Oleh itu, sebarang pelonggaran pada fasa PKP seterusnya berkemungkinan akan mengeruhkan lagi keadaan kesihatan negara. Kerajaan disarankan untuk membuat keputusan yang tepat dan tegas bagi memerangi wabak COVID-19 ini.