Artikel

Sanders menamatkan kempen beliau, Biden lawan satu-sama-satu dengan Trump

Bernie Sanders telah menamatkan kempen beliau untuk menjadi presiden AS.

Dengan penamatan kempen beliau, ini memberikan jalan tanpa halangan untuk bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk menjadi calon parti Democrats untuk mencabar penyandang, Presiden Donald Trump pada pilihanraya umum pada bulan November ini.

Sanders, seorang yang mengamalkan prinsip Demokratik Sosial, pernah mencabar calon presiden Democrats, Hillary Clinton untuk mendapatkan pencalonan parti itu pada 2016.

Sanders, yang mencabar cabaran Biden pada kempen 2020, menjadi pendahulu awal tahun ini. Namun demikian, beliau tidak mendapat sokongan meluas berbanding Biden dalam usahanya untuk menjadi calon presiden parti Democrats itu.

Biden kini menjadi satu-satunya calon melawan Trump dalam pemilihan Presiden AS akan datang ini.