Artikel

Zakri Khir Letak Jawatan Pengerusi Perkeso

Zakri Khir telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 7 April 2020.

Zakri, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Allianze General Insurance Company menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

“Saya dilantik oleh Council of Eminent Persons (CEP) pada 8 Oktober 2018 atas dasar saya berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang insuran. Dengan adanya kerajaan baharu, saya berpendapat bahawa perkhidmatan saya tidak lagi diperlukan,” katanya dalam sebuah kenyataan.