Artikel

KLSCM 2020 Dibatalkan, Keselamatan Peserta Diutamakan

Memandangkan ketidaktentuan tahap kesihatan disebabkan oleh pandemik global COVID-19, penganjur Dirigo telah membatalkan Standard Chartered Marathon Kuala Lumpur (KLSCM) 2020 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2020 kelak.

Keputusan ini telah dibuat secara rundingan bersama. Ini adalah langkah yang tepat, bagi menjamin kesihatan dan keselamatan setiap kru dan pihak yang terlibat, khususnya para peserta marathon.

Pihaknya turut menangguhkan pendaftaran semua individu peserta secara automatik sehingga tahun 2021.

Segala perancangan bagi KLSCM 2021 akan dilaksanakan pada minggu kedua Jun ini, sementara menunggu pengesahan dari pihak majlis bandaraya.

Ini bukan keputusan yang mudah untuk pihak pengurusan kerana ia secara tidak langsung turut menjejaskan aktiviti lain di acara marathon tersebut.

Bagaimanapun, inisiatif kebajikan untuk Run A Reason (RFAR) akan berterusan sehingga 14 Mei dan semua dana yang dibangkitkan setakat ini akan disalurkan kepada penerima amal masing-masing.

Bagi maklumat lanjut berkenaan penganjuran KLSM, pihak terlibat boleh melayari laman Facebook, Instagram dan Twitter.