Artikel

Pemotongan Gaji, Cuti Tanpa Gaji – Antara Perkara PM Sarankan Majikan Berbincang Bersama Pekerja

Menerusi pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Kerajaan telah bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian.

Sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini.

PM Muhyiddin Yassin turut menegaskan kepentingan hak dan kebajikan kedua-dua pihak mestilah sentiasa terbela dan terjamin.