Kerajaan telah membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25%.
Makluman ini telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi sewaktu mengulas berkenaan dana tambahan pada pakej PRIHATIN.
Pengurangan ini akan diberikan kepada semua syarikat di mana permit pekerja mereka akan tamat di antara 1 April hingga 31 Disember 2020.
Bagaimanapun, pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pekerja pembantu rumah.