Berikutan makluman yang diberikan oleh YAB PM Muhyiddin Yassin pada sidang media perutusan khas sebentar tadi berkenaan langkah tambahan bagi pakej PRIHATIN.
Kerajaan telah mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
Seterusnya Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.
PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.
Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Seperti yang umum ketahui, PKS merupakan antara tunjang utama ekonomi negara.
Sektor ini telah menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi Malaysia. Wujudnya platform geran khas ini, diharap mampu mengekalkan operasi syarikat mereka.