Berikutan penularan wabak COVID-19 ini semakin meningkat, pelbagai pihak turut merasai kesannya. Antara yang terkesan adalah perniagaan kecil yang terpaksa menghentikan seketika operasi perniagaan mereka.
Melihat pada senario ini, melalui kempen Save the Shops (SOS), syarikat penerbangan AirAsia berusaha untuk membantu sebanyak mungkin perniagaan tempatan setempat ekoran krisis COVID-19.
AirAsia kini tampil dengan platform e-dagang iaitu OURSHOP, laman perniagaan atas talian khusus kepada peniaga dan syarikat.
Menerusi platform ini, peniaga tidak perlu khuatir lagi, produk perniagaan akan dihantar menerusi rangkaian Teleport – iaitu cabang kargo dan logistik AirAsia.
Platform ini turut membolehkan para peniaga mendaftar pada komisen sifar dan yuran penyenaraian sifar bagi memasarkan produk mereka di laman OURSHOP untuk keseluruhan bulan April ini.
Malah, tujuan utama platform juga adalah untuk membuka jurang perkhidmatan penghantaran yang dilihat semakin sukar disamping dapat membantu ekonomi negara peroleh pendapatan.
Pelbagai produk boleh menggunakan perkhidmatan ini, seperti barangan keperluan harian, runcit, bekalan makanan serta barangan kecantikan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari pada pautan ini www.ourshop.com/seller.