Hilton Kuala Lumpur, Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, dan Kolej Kejururawatan Kuantan, adalah antara 60 tempat yang telah diwartakan kerajaan untuk digunakan sebagai ‘Stesen Kuarantin’.
Kerajana telah menggunakan undang-undang yang termaktub dalam Seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk menggunapakai mana-mana tempat sebagai stesen kuarantin seperti mana diperlukan oleh kerajaan.
Baca senarai penuh tempat yang telah diwartakan kerajaan dalam is ini di:
Warta Kerajaan Bertarikh 4 April 2020
Warta ini telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Sri Dr. Adham bin Baba pada dua tarikh, iaitu pada 3 April, dan 4 April.
Stesen Kuarantin adalah tempat di mana kerajaan akan meletakkan orang-orang yang ‘dikhuariti’ membawa wabak COVID-19 itu, seperti mereka yang baru pulang ke tanah air dari negara luar, atau mereka yang berada di kluster yang berisiko tinggi, seperti kluster tabligh Sri Petaling atau kluster tahfiz di Selangor.