Artikel

Kontrak Noripah Kamso Sebagai Pengerusi Bank Rakyat Ditamatkan Lebih Awal

Bank Rakyat mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain yang disandang beliau di Bank Rakyat termasuk sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa pada 4 April 2020.

Kontrak beliau sepatutnya berakhir pada Disember 2020.

Sebab mengapa penamatan awal kontrak beliau dilakukan tidak diberikan oleh Bank Rakyat, mahupun oleh Datuk Noripah, setelah dihubungi Astro AWANI.

Bank Rakyat dalam satu kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Noripah Kamso yang telah berkhidmat bersama Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.

Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik sahaja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.