Artikel

Harga Minyak RON95 Turun 8 Sen – Kini RM1.30 Seliter

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Penetapan harga runcit petroleum mingguan akan bermula pada 4 April 2020 sehingga 10 April 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 telah turun sebanyak 8 sen seliter iaitu RM1.30 seliter. Manakala harga RON97 pula turun sebanyak 8 sen seliter dengan RM1.60 seliter dan Diesel turun 10 sen seliter dengan RM1.58 sen.

Susulan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini, ia telah dipengaruhi oleh penularan Covid-19 turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak ini bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya untuk PKS dan golongan B40.