Artikel

CTOS Beri 100,000 Laporan Kredit Skor Secara Percuma

CTOS, agensi pelaporan kredit (1 April) mengumumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya akan menyumbangkan sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA bernilai RM 2.5 juta.

Ini bertujuan membantu rakyat Malaysia mengetahui maklumat yang lebih jelas berdasarkan kedudukan kewangan mereka pada ketika ini.

CTOS turut menasihatkan kepada individu dan perniagaan yang terkesan disebabkan penularan COVID-19 ini, untuk menghubungi pihak pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara terus.

Selain itu, CTOS juga menggalakkan rakyat Malaysia agar bersikap proaktif dalam memantau kredit skor mereka, supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini.

Untuk mendapatkan laporan berkenaan, semua pihak boleh melayari pautan ini www.ctoscredit.com.my/ctos-cares. Manakala, kepada pihak yang memerlukan sokongan pada pengurangan potensi negatif untuk skor kredit mereka boleh ke laman utama CTOS.