Susulan daripada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan verifikasi Rapid Test Kit dari Korea Selatan.
Sekiranya keputusan ketepatan (accuracy) yang tinggi, KKM akan membeli sebanyak 200,000 ribu unit RTK.
Bagaimanapun, hasil ujian terhadap rapid test kit dari Korea Selatan tersebut didapati kadar ketepatan hanya 56% sahaja.
Kenyataan itu telah disahkan oleh pihak KKM sendiri.
Hasil ujian terhadap rapid test kit dari Korea Selatan mendapati kadar ketepatan hanya 56%.
Justeru, KKM akan mendapatkan rapid test kit lain yang mampu berikan kadar ketepatan antara 75% hingga 80%. – KPk @DG
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 2, 2020
Oleh it, menurut DG Noor Hisham, pihak KKM akan mendapatkan rapid test kit yang lain, yang memberikan kadar ketepatan antara 75% hingga 80%.