Artikel

KKM Kolaborasi Bersama Queuemed, EncoreMed, Bookdoc, Dan DoctorOnCall

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perkenalkan sistem temujanji atas talian di Klinik Kesihatan.

Sistem Temujanji Atas Talian ini (Online Appointment) di Klinik Kesihatan merupakan kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan empat (4) syarikat iaitu Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.

Ini adalah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan.

Khususnya semasa pandemik jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada sesuatu masa perlu diamalkan, selaras dengan penjarakan sosial (social distancing).

Melalui sistem Online Appointment ini, pelanggan boleh memilih slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan perkhidmatan.

Sistem ini adalah untuk kes-kes walk-in penyakit ringan sahaja.

Sistem ini bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4 buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama DoctorOnCall.

Selanjutnya perkhidmatan ini akan diperluaskan ke klinik kesihatan yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan kolaborasi Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.