Artikel

Kastam Gagalkan Sindiket Penyeludupan, Rampas 6 Tan Sisik Tenggiling 

Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas kira-kira enam tan sisik tenggiling dan berjaya mengagalkan sindiket penyeludupan.

Pangolin (tenggiling), mamalia yang paling tinggi didagangkan ke pasaran dunia. Mamalia ini di percayai telah menjadi faktor dalam jangkitan koronavirus dari binatang ke manusia di pasaran bandar Wuhan, China tahun lepas.

Turut difahamkan bahagian badannya memiliki nilai yang tinggi di pasaran gelap kerana mereka biasa menggunakannya dalam perubatan tradisional Cina, walaupun saintis mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai nilai terapeutik.

Menurut Ketua Pengarah, Paddy Abdul Halim – penyeludupan itu ditemui pada sebuah pelabuhan di luar ibu kota Kuala Lumpur, tersembunyi di dalam sebuah bekas bersama penghantaran kacang gajus.

Pegawai berkata mereka telah menahan dua individu untuk disoal siasat.

Mengikut perundangan, mereka yang terlibat boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun jika disabitkan melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar.

Bagaimanapun, rampasan ini masih kurang jelas sama ada ianya merupakan tindakan warga Malaysia atau dari negara lain. 

Ini kerana Malaysia sering digunakan sebagai titik transit untuk menyeludup hidupan liar di rantau ini.

Trafik – kumpulan yang memantau perdagangan haiwan, memuji tindakan pihak berkuasa keatas perlindungan hidupan liar. Meskipun, negara kini sedang memerangi penularan COVID-19, pihak berkuasa masih mampu membanteras sindiket sedemikian.