Syarikat penarafan antarabangsa Moody’s Investors Service telah mengemaskini industri perbankan Malaysia dan mengubah penarafan industri ini dari ‘stabil’ ke ‘negatif’.
Sebab utama yang diberikan Moody’s adalah kerana risiko wabak COVID-19 kepada ekonomi negara.
Selain Malaysia, sebanyak 11 negara lain juga diturunkan taraf mereka.
“Unjuran masa hadapan sebagai negatif ini adalah isyarat terbesar yang kami boleh berikan kepada pasaran bahawa isu COVID-19 ini akan memberi impak teruk kepada perniagaan dan pengguna,” kata Moody’s.
“Gangguan kepada ekonomi dan pasaran akibat wabak ini akan memberi tekanan meruncing kepada bank-bank seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
“Perniagaan-perniagaan setempat akan mengalami gangguan ketara yang akan meninggikan risiko kepada kemampuan mereka untuk membayar apa-apa pinjaman.
“Moody’s membuat ramalan bahawa ekonomi dunia akan terus menguncup bagi tahun 2020,” kata mereka lagi.