Artikel

KKM Hargai Sukarelawan, Beri Nasihat Bagaimana Orang Ramai Boleh Bantu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata mereka sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dari pelbagai peringkat dan profession dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia.

Dalam masa yang sama, KKM sedang dalam perbincangan dengan agensi pusat untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal profession perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 ini.

Kontrak ini adalah untuk enam bulan.

KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.

Orang awam boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19 yang boleh didapati di laman berkaitan KKM.