Artikel

Permohonan i-Lestari Kini Dibuka

Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mulai hari ini, melalui i-Akaun (Ahli).

Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan, semua cawangan KWSP dan Pusat Perhubungan Pelanggan masih ditutup sehingga 14 April 2020.

Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i- Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:

1. Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]

2. Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]

3. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]

4. Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]

5. Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach- us/connect-with-us/make-an-enquiry

KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula bulan Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April.

Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.

Ahli boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.