Kerajaan Selangor hari ini (1 April) telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0.
Pakej ini telah dibentuk berdasar kesan yang dialami oleh masyarakat disebabkan COVID-19.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM272 juta pada pakej kali ini.
Dimana jumlah ini, dapat membantu rakyat negeri untuk menghadapi cabaran ekonomi serta pasca pandemik kelak.
- Tabung Khas Bantuan COVID-19 Selangor akan didirikan bermula dengan pemotongan gaji Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli Dewan Negeri serta anak syarikat negeri. Jangkaan jumlah tersebut adalah RM8.07 juta.
- Kerajaan turut akan mengadakan ujian saringan COVID-19 di kawasan red zone dengan sasaran 5,000 individu berserta jumlah kos sebanyak RM1.35 juta.
- Seterusnya, sejumlah RM1.344 juta diperuntukkan kepada barisan hadapan, petugas perubatan di hospital Selangor akan diberi bantuan makanan secara percuma.
- Insentif Penjagaan Anak-anak Frontliner kepada 2,500 keluarga akan diberikan dengan nilai peruntukkan RM1.5 juta.
- Petugas media dan keselamatan akan diberikan makanan percuma sebanyak RM100,000
- Sejumlah RM50,000 diperuntukan kepada Task Force COVID Negeri Selangor
- RM2 juta diperuntukan untuk bekalan topeng muka, sanitizer dan sarung tangan.
- Operasi Stesen Kuarantin akan memperolehi RM3 juta
- Skim Peduli Sihat perolehi RM42.5 juta, seramai 85,000 individu akan menerima manffat tersebut.
- RM1,000 akan disalurkan kepada pesakit negeri yang disahkan positif COVID-19
- RM1 juta dibelanjakan kepada perkhidmatan kaunseling supaya kesihatan mental rakyat negeri dapat ditangani
- Secara automatik, kerajaan negeri tangguhkan bayaran pinjaman balik bermula 1 April hingga 30 September 2020 – RM6.07 diperuntukkan.
- Seramai 5,000 petani dan nelayan akan diberi bantuan khusus Agropreneur – RM500,000
- Seramai 2,000 petani, penternak dan nelayan akan diberi bantuan input benih, ternakan, peralatan dan bahan mentah – RM1 juta,
- Menerusi Selangor Agro Market – seramai 300,000 penduduk di Selangor akan menerima bantuan – peruntukan RM1 juta
- Bagi sektor pendigitalan – sejumlah RM100.7 juta diperuntukan
- Tempoh pembayaran cukai tanah dan cukai petak dilanjutkan sehingga 31 Julai 2020.
- Manakala, tempoh bayaran premium dilanjutkan selama satu bulan bagi tempoh pelaksanaan PKP. Usaha ini memakan belanja sebanyak RM87.81 juta.
- Peruntukan Ahli Dewan Negeri diberikan sebanyak RM30 ribu
- Sejumlah RM6.91 juta diperuntukan kepada komuniti dan wakil majlis daerah masing-masing.