Naza Communications Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Darryll Danendra Sinnappa selaku Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa mulai 1 April 2020 ini.
SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd berkata , mengatakan menerusi penglibatan Darryll mampu meningkatkan potensi strategi pertumbuhan syarikat dalam perniagaan infrastruktur telekomunikasi.
Pengalamannya dalam industri akan menjadi aset penting untuk mengubah keadaan pasaran dan mewujudkan visi jangka panjang untuk perniagaan.
Darryll akan bertanggungjawab untuk membangunkan arah strategik keseluruhan untuk perniagaan dan mendorong pertumbuhan positif bagi salah satu perniagaan teras Kumpulan Naza.
Menerusi pengalaman 20 tahun kepakaran dalam bidang telekomunikasi, Darryll menyertai kumpulan edotco dan telah memegang jawatan kepimpinan di Malaysia, Bangladesh dan Pakistan sebelum kedudukan terakhir beliau sebagai Pengarah Urusan Negara edotco Sri Lanka.