Artikel

Laporan Bank Dunia Sasar Pertumbuhan Malaysia Menguncup Antara -0.1% Dan -4.6%

Laporan Bank Dunia menunjukkan ekonomi Malaysia akan menguncup antara -0.1% dan -4.6%.

Ini adalah kerana ekonomi negara dianggarkan akan terus lembab akibat wabak COVID-19.

Memandangkan ketidakpastian yang semakin meningkat sepanjang tempoh dan kesan keseluruhan wabak itu, Bank Dunia mengurangkan sasaran 2020 keluaran dalam negeri kasar (KDNK) untuk Malaysia kepada -0.1%, kejatuhan ketara daripada sasaran awalnya sebanyak 4.6%.

Selain itu, Bank Dunia juga telah menurunkan prospek pertumbuhan rantau tahun ini.

Pertumbuhan di rantau Asia Pasifik membangun dijangka akan perlahan hingga 2.1% dalam garis dasar dan -0.5%.

Ini menguncup dari 5.8% pada tahun 2019.

Kesan COVID-19 dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini.

Bagi eksport dan pelaburan bersih di Malaysia, Bank Dunia menjangkakan negara akan mengalami penguncupan lebih besar pada tahun 2020, sementara penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan, dari 7.6% pada 2019 kepada 1.6% pada tahun 2020.

Laporan sama turut menyifakan kesan langsung dari krisis ini telah menjejaskan rantaian bekalan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Malaysia dijangka mampu pulih pada suku keempat tahun ini dan pertumbuhan akan menjadi lebih lancar pada tahun 2021 kelak.