Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) telah memohon maaf atas beberapa paparan yang dibuat semalam berkenaan dengan ‘tip-tip’ penjagaan suami dan keluarga.
Antara paparan yang dibuat, termasuk ‘bergelak kecil dengan nada Doraemon’ dan juga wanita harus bersolek dan berpakaian kemas tanpa menghiraukan si suami untuk membuat perkara yang sama.
Beberapa pihak telah menyuarakan ketidakpuasaan hati terhadap paparan-paparan yang disifatkan sebagai membelakangi pergerakan progresif wanita di negara ini.
Kesemua paparan ini telahpun dipadamkan.
Menggantikannya, adalah satu paparan permohonan maaf.
“Kami mengambil maklum respon banyak pihak berhubung beberapa tips untuk wanita… Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif…” kata kenyataan tersebut.
“Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu,” tambah kenyataan itu lagi.