Artikel

83% Daripada 160 Ribu Rakyat Malaysia, Komuniti Mereka Patuh PKP – Tinjauan MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi medium telegram telah membuat tinjauan ke atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 ke atas rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelanjutan proses PKP daripada 31 Mac kepada 14 April ini. Tindakan ini bagi menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Susulan itu, hampir 84% (188,000) daripada 200,000 individu menyatakan penerimaan mereka terdapat lanjutan PKP Fasa 2 ini pada MKN.

Manakala, 16% individu lagi menyuarakan bahawa mereka tidak bersedia ke atas lanjutan ini.

Selain itu, 83% (160,000) daripada 180,000 individu pula mengatakan komuniti persekitaran mereka telah mematuhi arahan PKP dan 17% lagi mengesahkan kawasan mereka tidak mematuhi PKP.

Tinjauan ini secara tidak langsung menunjukkan pemahaman rakyat Malaysia terhadap proses PKP ini berada pada tahap yang baik.

Setakat 1 April ini, Malaysia mencatatkan 2,766 kes positif COVID-19. Ini merangkumi 537 kes yang telah pulih dan 43 kes kematian dicatatkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam (31 Mac), tempoh dua minggu ini adalah sangat kritikal untuk dihadapi.

Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

DG mengulas isu samada penambahan tempoh ini memadai atau tidak, ia mengatakan perkara tersebut bergantung kepada dua minggu ini.

Keputusan untuk melanjutkan tarikh PKP melewati atau menjangkau lepas 14 April hanya akan dapat ditentukan pada akhir minggu pertama bulan April ini.