Artikel

Indonesia Isytihar Kecemasan COVID-19, Kebajikan Kini Diperluaskan

Menerusi catatan dunia bagi penularan wabak pandemik, Indonesia setakat ini telah mencatatkan 1,528 kes positif COVID-19.

Catatan tersebut merangkumi 81kes telahpun pulih manakala, 136 kes kematian pula telah dicatatkan setakat 31 Mac ini.

Susulan itu, menurut laporan Reuters – Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam kebangsaan mengenai pandemik virus ini dan mengumumkan kaedah kebajikan untuk membantu rakyat dengan pendapatan yang lebih rendah.

Langkah itu termasuk memperluaskan kebajikan sosial, bantuan makanan dan memberi diskaun dan pengecualian tarif elektrik.