Artikel

Keputusan Ujian COVID-19 Dalam 30 Minit? KKM Mahu Kerjasama Dengan Makmal Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang dengan sebuah syarikat swasta yang ada makmal di Pulau Pinang.

Syarikat swasta ini dilaporkan boleh mendapat keputusan ujian COVID-19 dalam 30 minit.

“Kami ingin kerjasama dengan syarikat ini, tetapi syarikat ini terikat dengan kontrak dengan Amerika Syarikat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Disebabkan kontrak ini, agar sukar untuk mereka bekerjasama dengan Malaysia. Namun demikian, kami sedang mencari penyelesaian kepada isu ini.

KKM telah melaporkan sebelum ini bahawa terdapat lebih 8,000 ujian yang masih belum dapat keputusan.

Ini setelah KKM berjaya membuat lebih 40,000 ujian COVID-19.

Sekitar 8% dari angka ini memberi keputusan positif COVID-19, dan sekitar 92% memberi keputusan negatif.

Ini adalah ujian PCR seperti mana disarankan oleh KKM untuk menentukan samada seseorang pesakit itu benar-benar ada COVID-19 atau tidak.

Sekiranya KKM berjaya bekerjasama dengan syarikat ini, ia mampu mengurangkan tempoh menunggu ujian COVID-19 dan akan melipat-gandakan usaha kerajaan untuk terus menangani wabak COVID-19 ini.

Dr. Noor Hisham bagaimanapun tidak menamakan syarikat berkenaan ini.